Tentang Penulis

Assalamu’alaikum,

Semoga ALLAH SWT menumpahkan rahmat dan maghfirahNya kepada kita setiap masa, dan mengekalkan kita dalam nikmat iman dan ISLAM sehingga ke akhir hayat kita.

Di sini saya ingin memperkenalkan diri saya, serta blog Selami Dunia Enjin ini kepada semua.

Saya adalah seorang bakal pendidik yang akan tamat pengajian dalam jurusan Pendidikan Kemahiran Hidup beberapa tahun lagi. Nama diberi Noor Mastura Binti Mohd. Dilahirkan di Hospital Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan kini rumah di alamat 11047 Pantai Kamlon, Bumbong Lima, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Lahir pada 12/06/90, dan tahun 2010 ini saya telah mencapai umur 20 tahun.

Pendidikan awal di Tadika KEMAS Bumbong Lima, Kepala Batas, kemudian menyambung ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bumbong Lima, dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi. Setelah itu meneruskan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehingga tingkatan lima. Kemudian beralih ke Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah dan kini saya sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Darul Ridzuan.

Bercita-cita untuk bekerja sebagai seorang pensyarah, juga sedang berusaha menjadi seorang penulis blog yang bermanfaat kepada anak didik. Namun cita-cita sebenar adalah untuk menjadi pemberi ilmu yang baik dan diredhai ALLAH SWT, kemudian bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat.
INSYAALLAH...
Copyright © Selami Dunia Enjin