Pages

Khamis, 12 Ogos 2010

Pengenalan Sistem Nyalaan

*Sistem penyalaan

Berfungsi untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin.

Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan mengenakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar.


*Komponen-komponen dalam sistem nyalaan


1. Palam pencucuh


•Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna.

2. Bateri

•Membekalkan arus electric yang diperlukan oleh sistem penyalaan.

3. Gelung penyalaan

•Meninggikan voltan arus elektrik yang hendak di alirkan kepada palam pencucuh

4. Kabel tegangan tinggi

•Membekalkan arus voltan tinggi dari gegelung penyalaan kepada palam pencucuh


*Urutan pengagihan voltan kepada palam pencucuh



•Urutan pengagihan (firing order) ada kerana memastikan palam pencucuh memberi spark ke kebuk pembakaran mengikut urutan yang telah ditetapkan.

•Urutan pengagihan enjin biasanya 1-3-4-2. Urutan pengagihan voltan ditentukan oleh pengagih (distributor).

•Oleh itu, pengagihan voltan perlu mengikut urutan tersebut. Sekiranya diubah, enjin tidak dapat dihidupkan.

•Untuk penerangan yang lebih terperinci, sistem enjijn, komponen dalamannya saling berkait, 'ignition rotor' yang ada dalam pengagih (distributor) dikawal oleh aci sesondol.

•Aci sesondol digerakkan bersama-sama dengan aci engkol oleh 'timing belt' atau 'timing chain'.

•Oleh sebab crankshaft yang mengawal pergerakan turun naik piston maka piston yang naik keatas terlebih dahulu iaitu 1 diikuti 3,4 dan 2. Oleh itu, urutan pengagihan voltan perlu selari dengan pergerakan turun naik omboh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan