Ciri-Ciri Minyak Pelincir

1. Kelikatan

• Ukuran rintangan terhadap pengaliran cecair iaitu minyak pelincir. Kadar kelikatan mestilah sesuai dengan jenis enjin. Jika kelikatan terlalu rendah minyak mudah mengalir dan tidak akan lekat pada komponen enjin. Sekiranya terlalu tinggi, pengalirannya akan menjadi terlalu perlahan .


2. Nombor kelikatan

a)Pelincir berkelikatan tunggal

• Mewakili gred kelikatan sesuatu minyak pelincir.
Contoh:
(SAE 20, SAE 30, SAE 40, SAE 50)

*Gred nombor yang lebih besar menunjukkan tahap kelikatan minyak pelincir yang lebih tinggi.

b)Pelincir berkelikatan berbilang(multigrade

• Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan.
Contoh:
(SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50)

*Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk.

(SAE= Society of Automotive Engineering)


3. Jenis Minyak Pelincir

a) Fully Syntetic:

- jenis minyak yang paling nipis
- tahan sehingga 10'000km
- antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40
-lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden kerana kadar kelikatannya yang rendah

b) Semi-syntetic:

- Tahan sehingga 7000 km
- menggunakan kod dari 10W sehingga 15W (contoh: 15W-30)

c) Jenis Mineral:

- paling murah
- tahan sehingga 5000 km


4. Sifat-sifat yang perlu ada pada minyak pelincir

a) Mempunyai kelikatan yang tinggi.
b) Mempunyai aliran yang mudah/rendah.
c) Tahan dengan tekanan.
d) Mempunyai sifat sebagai pembersih.
e) Sesuai dengan suhu yang panas dan sejuk.
f) Tidak mudah menjadi wap.

4 ulasan:

::..wAwA aPpLe..:: berkata...

thanks for the inf0!=))

Unknown berkata...

Bermanfaat

Unknown berkata...

apakah sifat minyak pelincir

Unknown berkata...

sifat minyak pelincir

Catat Ulasan

Copyright © Selami Dunia Enjin