Palam Pencucuh


•Palam pencucuh merupakan peralatan elektrik yang dipasang pada kepala silinder enjin petrol.

•Berfungsi membakar campuran udara-bahan api melalui bunga api elektrik.

•Palam pencucuh ditebat di sekeliling elektrod tengah serta disambung ke sistem penyalaan enjin melalui wayar voltan tinggi berpenebat tebal.


Bahagian-Bahagian Palam Pencucuh


•(A)-Terminal / Nat Punca - disambungkan ke gelung pembakaran.

•(B)-Penebat - dibuat daripada seramik aluminium oksida, ia direka bagi menampung suhu setinggi 550 °C dan voltan setinggi 60,000 V.

•(C)-Capaian -

•(D)-Elektrod bumi - menghasilkan bunga api.

•(E)-Celahan- tempat penghasilan bahan api

•(F)-Bekas logam - membuang haba daripada penebat serta berfungsi sebagai elektrod bumi.


Jurang Palam Pencucuh

•Setiap palam pencucuh mempunyai jurang (jarak antara elektrod tengah dan elektrod bumi) yang boleh dilaras semasa memasang palam pencucuh.

•Jurang palam pencucuh dilaras dengan membengkokkan sedikit elektrod bumi.

•Tolok perasa digunakan bagi memastikan ukuran jurang palam pencucuh yang tepat.

•Jurang yang terlalu sempit boleh sentiasa membakar campuran udara-bahan api tetapi bunga api yang terhasil adalah terlalu kecil.

•Jurang yang terlalu besar pula menghasilkan bunga api yang kuat tetapi boleh terlepas nyalaan semasa kelajuan enjin tinggi.

•Palam pencucuh dengan jurang yang tepat (0.8mm) meenghasilkan bunga api yang cukup panas tetapi dalam masa yang sama tidak akan terlepas nyalaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Selami Dunia Enjin