Pengenalan Sistem Penyejukan



1.Tugas utama sistem penyejukan adalah untuk memastikan enjin tidak akan terlebih panas (over heating) dengan memindahkan haba dari enjin ke bendalir dan kemudiannya ke penyahan haba melalui udara.

2.Sistem penyejukkan akan menyalur keluar lebihan haba yang tidak diperlukan oleh enjin

3.Sekiranya suhu enjin melampaui takat normal kesannya ialah:

•kelikatan minyak pelincir berkurangan

•wap campuran udara-bahan api yang memasuki kebuk pembakaran mengembang (kurang mampat)

•komponen enjin mengembang, geseran bertambah dan kerosakan akan terjadi

4.Dua jenis sistem penyejukan yang digunakan secara meluas dalam dunia automotif iaitu:

•sistem penyejukan udara – untuk enjin satu silinder

•sistem penyejukan cecair – untuk enjin banyak silinder

Sistem penyejukan udara


Ciri-ciri :

1.Menggunakan udara sebagai medium penyejukan.

2.Peredaran udara sekeliling permukaan blok enjin digunakan secara langsung untuk menyejukkan enjin.

3.Digunakan pada motosikal dan mesin-mesin kecil.

4.Enjin yang menggunakan sistem penyejukan udara akan dilengkapi dengan sirip-sirip penyejuk bertujuan untuk menambah luas permukaan yeng bersentuhan dengan udara.

5.Banyak diaplikasikan pada kereta-kereta lama.

6.Sirip logam pada permukaan enjin direka bentuk lebih tirus pada bahagian luar (yang terdedah kepada udara).

7.Haba akan mengalir dari bahagian sirip yang tebal ke bahagian sirip yang nipis sebelum hilang bersama aliran udara.

8.Kelemahan bagi sistem penyejukan udara ialah tidak mampu memberikan pemindahan haba yang seragam pada seluruh bahagian enjin (terutama kawasan yang terlindung dari aliran udara).

9.Untuk mengatasi masalah tersebut kipas digunakan untuk menolak aliran udara supaya melalui seluruh permukaan enjin.



10.Antara komponen-komponen sistem penyejukan udara ialah



Sistem Penyejukan Cecair


Ciri-ciri :

1.Sistem ini menggunakan air dan campuran bahan kimia sebagai medium penyejukan udara digunakan iaitu dengan menggunakan kipas yang menghembuskan udara melalui ruang blok enjin yang mempunyai kepingan aluminium yang nipis untuk menyahkan haba yang terhasil dari enjin.

2.Sistem ini membolehkan cecair melalui beberapa laluan liang pada bahagian blok enjin bermula daripada unit penukar / penyah haba iaitu radiator, melalui salur paip masuk ke enjin dan akan berkitar semula ke radiator untuk proses penyahan haba.

3.Apabila air panas yang masuk ke radiator, haba akan di lepaskan melalui kepingan jejari liang halus yang terdapat pada struktur radiator.

4.Udara akan melalui ruang kepingan ini, ia akan menyahkan sekali haba yang ada pada kepingan tersebut dan dengan cara ini air di dalam liang tersebut akan dapat diturunkan habanya.

5.Kebanyakan sistem baru akan mempunyai kipas penyedut yang akan menyedut atau menolak udara secara deras ke radiator untuk tahap penyejukan yang lebih cekap dan berkesan.

6.Sistem penyejukan cecair mempunyai beberapa komponen yang penting iaitu:


*Radiator ( penyinar )


•Tempat untuk melakukan pertukaran haba.

•Bahan penyejuk yang panas setelah melalui bahagian enjin akan disejukkan semula disini melalui bantuan aliran udara daripada kipas penyejuk

•Binaan atas radiator ialah tangki atas dan tangki bawah. Kedua-dua tangki dihubungkan melalui teras yang diperbuat daripada tiub logam yang nipis

*Pam air (water pamp)


•Bertindak menghasilkan tekanan terhadap bendalir agar dapat bergerak melalui kesemua laluan di dalam enjin serta masuk semula ke radiator.

•Berfungsi untuk mengedarkan cecair penyejuk ke seluruh sistem penyejukkan.

•Pam air dipacu oleh tali sawat enjin.

•Pam akan mengepam air daripada tangki bawah radiator, masuk kedalam jaket air yang mengelilingi bahagian enjin dan kemudian menyalurkannya kembali semula ke tangki atas radiator.

*Thermostat


•Sebagai pintu yang akan terbuka dan tutup mengikut tahap kepanasan enjin.

•Terletak dalam laluan alur keluar bahan penyejuk dari enjin

•Digunakan untuk menutup laluan bahan penyejuk ke radiator apabila enjin sejuk

•Selepas enjin dipanaskan termostat akan mengawal kuantiti pengaliran bahan penyejuk bergantung kepada tahap operasi dan suhu semasa enjin

•Termostat penting untuk mengawak keseimbangan suhu kendalian enjin.


*Jaket Air (Water jacket)


•Ruang terbuka diantara bahagian luar dinding silinder dan bahagian dalam blok serta kepala silinder.

•Ruang kosong ini depenuhi oleh cecair penyejuk.

*Kipas enjin




•Ruang terbuka diantara bahagian luar dinding silinder dan bahagian dalam blok serta kepala silinder.

•Ruang kosong ini depenuhi oleh cecair penyejuk.



*Tangki takungan (tangki pengembangan/t. pemulangan)


•Tangki ini disambungkan dari tiub limpah di bahagian leher radiator.

•Tangki ini digunakan untuk menyimpan bahan penyejuk yang melimpah keluar daripada radiator.

•Apabila enjin telah sejuk bahan penyejuk akan mengecut dan disedut semula dari tangki takungan ke dalam sisyem penyejukan.


*Tukup tekanan radiator (radiator cap)



•Penutup khas yang digunakan untuk menutup leher radiator dan dalam masa yang sama mengawal tekanan radiator.

•Mempunyai 2 injap iaitu injap pelega tekanan dan injap pelega vakum.

•Injap pelega tekanan digunakan untuk mengelakkan tekanan berlebihan wujud dalam radiator dan sistem penyejukan.

•Injap pelega vakum pula membenarkan udara dan bahan penyejuk masuk ke dalam sistem penyejukan apabila enjin sejuk dan sistem penyejukan mengecut.

*Bahan Penyejuk

•Penggunaan air biasa sebagai ajen penyejuk akan menyebabkan blok dan kepala silinder mudah untuk berkarat.

•Oleh yang demikian bahan tambahan perlu dicampurkan mengikut kuantiti yang tertentu

a.Bahan antisejuk beku

•sejenis bahan alkohol yang mudah meruap
•boleh meninggikan takat didih dan merendahkan takat beku air biasa
•diwarnakan dengan pewarna bagi tujuan untuk mengesan kebocoran

b.Bahan antikarat

•akan menjadikan cecair penyejuk yang telah lama digunakan bertukar menjadi warna karat untuk menunjukkan bahawa cecair penyejuk tersebut perlu ditukar

3 ulasan:

nzsa berkata...

salam bleh saudari citer pasal miskonsepsi yang berlaku dalam tsjuk sistem ini?..terima kasih

Unknown berkata...

mohon digunakan sebagai bahan rujukan

Unknown berkata...

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuan.

Catat Ulasan

Copyright © Selami Dunia Enjin