Sistem Enjin 2 Lejang

Pengenalan

Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali
pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1
kitaran dalam silinder.

Sistem Enjin 2 Lejang

1. Hanya 2 kitaran untuk melengkapkan 4 proses kendalian enjin bagi menggerakkan satu putaran enjin.

2. Antara contoh diagram sistem enjin 2 lejang:





3. Enjin 2 lejang cuma perlukan dua lejang sahaja untuk melengkapkan kitar.

4. Satu pusingan aci engkol bermakna lengkaplah 2 lejang dibuat dalam kitarnya.

5. Enjin 2 lejang tidak menggunakan injap (hanya penggunaan liang-liang).



Proses kitaran dalam enjin 2 lejang

1.Lejang masukan dan lejang mampatan :–

Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara- bahan api pelincir dari karburetor masuk ke dalam.

2.Lejang kuasa dan lejang ekzos :–

Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api
terbakar, menyebabkan gas pengembangan mengembang dan
memaksa omboh turun ke bawah, menghasilkan kuasa pada enjin.
Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-bahan
api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga
membuka liang masukan dan liang ekzos, gerakan omboh ke bawah
memaksa campuran udara, bahan api, pelincir yang segar masuk ke
dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.

1 ulasan:

miss yukiko N. berkata...

terima kasih bab bg rujukan yg lengkap..... :)

Catat Ulasan

Copyright © Selami Dunia Enjin