Kerosakan Pada Sistem Penyejukan

1 Enjin terlalu panas
2 Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan.
3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.
4 Terdapat rekahan atau keretakan pada ‘Radiator’.
5 Terdapat kebocoran pada saluran (Hose).
6 ‘Motor’kipas tidak berfungsi dengan baik.

Antara kerosakan yang sering berlaku dan punca-puncanya ialah :-

1 Enjin terlalu panas

• Cecair tidak ditambah setiap hari.

Terdapat beberapa kemungkinan boleh menyebabkan air berkurangan dan radiator menjadi kering setiap hari. Selalunya, kerosakan berlaku pada gasket penebat pam air yang telah bocor atau haus, yang mungkin sudah terlalu lama digunakan atau kesilapan semasa pemasangan.

Jika ini berlaku, keluarkan pam air daripada enjin dan periksa kesan cecair yang menitik daripada injap semak pam ‘preasure check valve’. Jika terdapat kesan kebocoran, buka komponen pam air dan gantikan gasket penebat, jika keadaan ‘impeller’ sudah uzur, berkarat. Penggantian perlu dilakukan. Dipasang kembali dan uji samaada masih ada kebocoran, diteliti punca kebocoran. Jika masih bocor mungkin permukaan pertemuan pam air dengan enjin sumpik, calar dan tidak rata memungkinkan air boleh keluar.

• Hos aliran cecair rosak.

Periksa juga hos aliran cecair daripada radiator kepada pam cecair, dan daripada enjin blok ke radiator. Jika hos didapati terseliuh atau patah, pengaliran
cecair daripada tangki cecair tidak akan mengalir dengan bebas dalam sistem penyejukkan lalu menyebabkan enjin terlampau panas. Jika hos aliran cecair didapati lembut, gantikan dengan yang baru.

• Termostat tidak beroperasi walau pada suhu yang tinggi.

Selalunya terdapat termostat yang tidak beroperasi seperti yang dijangka, atau cecair dalam radiator tidak berubah walaupun pada suhu yang tinggi. Injap termostat sepatutnya terbuka apabila suhu meningkat kepada 26°C.

Jika hal ini berlaku, keluarkan daripada enjin dan periksa samaada injap dapat terbuka atau tertutup. Masukkan termostat kedalam balang yang hampir berisi air dan masukkan meter suhu ke dalam balang tersebut. Panaskan cecair dan perhatikan pergerakan injap termostat. Ia sepatutnya mula terbuka pada tahap suhu 79-80°C bagi termostat yang bertanda 82°C, jika injap tidak terbuka selepas 82°C itu tandanya injap itu rosak. Untuk mengatasi masaalah ini, hanya perlu ganti termostat yang baru dengan suhu operasi sama seperti yang lama. Seeloknya gantikan dengan termostat yang dikeluarkan oleh pengeluar enjin.

• Jeriji radiator tersumbat atau mengepis.

Cara membaiki adalah dengan mengeluarkan radiator daripada enjin dan melakukan pancuran bertentangan. Proses ini adalah untuk membuang kotoran daripada jeriji radiator.

• Motor kipas rosak atau bilah kipas patah

Uji motor kipas dengan menggunakan kuasa bateri ‘direct current’ lihat samaada berpusing atau tidak. Jika tidak gantikan dengan yang lain. Biasanya komponen ini tidak boleh dibaiki. Jika hanya bilah kipas sahaja yang patah atau piuh, gantikan dengan model yang sama.

2 Cecair dalam tangki air radiator berkurangan.


Rajah : Laluan air sebagai agen penyejuk pada sesebuah kereta

Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan walaupun tiada kesan kebocoran pada bahagian luar enjin. Kerosakan seperti ini memang sukar di kesan tanpa alat penguji tekanan. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh dinding silinder yang retak dan cecair memasuki silinder sedikit demi sedikit semasa lejang kuasa. Untuk memastikan kerosakan, uji tekanan dalam sistem penyejukkan adalah antara10-15 bar. Jika tekanan berkurangan semasa alat penguji tekanan ditekan, dan pada masa yang sama tidak terdapat sebarang kebocoran daripada sambungan hos air dan pam air, maka disahkan kebocoran berpunca daripada dinding silinder.Jika hal ini berlaku, keluarkan semua cecair daripada enjin dan gantikan pelapik silinder yang bocor atau retak dengan saiz yang sama, atau enjin kereta tersebut perlu diganti dengan enjin blok terpakai ataupun dengan blok enjin yang baru.


Berkemungkinan juga ada kebocoran yang halus pada radiator, ini dapat dilihat dengan membiarkan enjin hidup dan lihat jika ada air menitis atau keadaan berair pada radiator. Kemudian tanggalkan radiator dari kereta dan lakukan baik pulih.

3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.

Gasket kepala silinder bocor, atau bolt pengikat kepala silinder longgar. Ini menyebabkan minyak pelincir masuk ke saliran cecair penyejuk melaluinya. Jika ini berlaku, keluarkan cecair daripada radiator dan blok enjin, kemudian lakukan kerja baik pulih bahagian atas silinder enjin ‘top overhaul’.

Ciri-ciri sistem penyejukkan yang baik pada enjin :-

- Suhu enjin stabil semasa operasi
- Tidak terdapat sebarang titisan atau lelehan cecair daripada enjin.
- Tali sawat dalam keadaan ketegangan yang baik mengikut spesifikasi (antara 12-19)
- Enjin dapat dihidupkan dengan segera walaupun dalam keadaan cuaca sejuk.

3 ulasan:

Azam_Areyu berkata...

thank ats info nie..
berguna pd ku

Unknown berkata...

Helo terima kasih utk info di atas boleh tak tambah lagi 3 punca tu

Botak berkata...

Nak tnye...kenape hose radiator sy blah atas dh bwh menjadi keras sebab tekanan yg tinggi...normal ke...tpi temp sy tak lebih dri setengah hanye duduk takat 3suku...waktu ideling jd cepat panas....water pump ke rosak

Catat Ulasan

Copyright © Selami Dunia Enjin